Isnin, 27 Mei 2024

Cukup Begitu


 

Hanya ingin menikmati hidup,

tanpa drama di mana-mana.

Senyum dari hati,

tanpa perlu berpura-pura kering hati.

Menghargai setiap detik, 

walau sekecil apa pun itu.

Bertemu bila rindu.

Bercerita bila ingin.

Ketawa bersama, 

tak perlu memaksa.

Cukup begitu, 

hidup yang inginku nikmati.

Ahad, 26 Mei 2024

Tentang Janji


Aku t'lah berjanji

Kepada diri sendiri

Pun, aku mungkiri

Demi sebuah janji

Untuk tak menyakiti

Lalu, segala berakhir tanpa satu pun ditepati.

Janji, semua berlalu pergi.

Meninggalkan bekas luka terdalam di hati.

Selasa, 21 Mei 2024

Ke Pantai Bertemu Damai


Aku selalu menyukai pantai.


Segalanya terkaitan pantai, menjadi kesukaanku.


Nuasanya selalu menenangkan. Menghadirkan satu ruang tersendiri yang hanya jiwa mengerti.


Pantai selalu menjadi pilihan pertama dalam senarai lokasi inginku.


Apa lagi saat galau yang ada saat-saatnya sendiri sukar mencari erti.


Pantai ibarat sahabat terbaikku. Tempat aku menumpahkan segala yang membusung di hati. Tidak hanya hal-hal terkait duka, luka, kecewa. Bahkan saat bahagia menjegah hatiku.


Pantai menjadi lubuk menyimpan rahsia paling aman. Aku belum pernah dikecewakan pantai. Tidak hanya setia menemani dan mendengarkan segala ceritaku, malah merakam segala emosiku.


Justeru itu, hanya insan tertentu saja kuajak ke pantai. Sama-sama menelusuri gigi pantai, menikmati ombak menghempas ke kaki.


Begitulah.

 

Jumaat, 10 Mei 2024

Kesendirian? So, What?


 

Aku tak pasti orang lain, tapi untuk seorang AKU... Zone Kesendirian itu sangat-sangat awesome


Tak. Aku tak rasa sunyi atau kekok, bosan. 'whatsoever'.


Bagi aku, kesendirian itu amat menenangkan. Aku benar-benar mampu menikmatinya dengan cara aku sendiri. Cukup bersamaku sebuah buku, kopi dan muzik. 


Walau ada yang memandang tingkahku itu pelik, tapi... Pedulikan saja. Aku tak ganggu mereka dan mereka tak perlu rasa terganggu. Anggap saja aku tak pernah wujud di mata.


Selain itu, aku juga ada masalah dengan sesi perbualan yang sia-sia. Sekadar sembang kosong, serius aku tak minat. Kalau kau bosan, tolong jangan cari aku. Kau pasti akan rasa lebih bosan, dan menyesal ajak aku sembang...Hahahaha.


Ya, dulu-dulu memang macam tu'lah situasinya bila aku lepak seorang. Atau enjoy je travel sendirian. Nowadays, dah kurang sebab masing-masing pun sibuk dalam zone sendiri walaupun lepak berkumpulan (hahahaa).


So, bagi aku, bestlah. Tak lagi nampak pelik di mata orang. Jujur aku katakan, di rumah pun begitu. Hanya seorang/dua yang aku 'izin' masuk dalam rumah untuk lepak. Dan seseorang yang aku izinkan itu tentulah melepasi syarat-syarat (tanpa pengetahuan dia) dipatuhi.


Pendek kata, aku tak senang-senang nak ajak orang datang rumah dan lepak. Apa lagi bermalam. Jadi, bila dia jadi 'intan terpilih' tu, dia dan aku kena bersyukurlah (hahahaha).


Selebihnya, mininalist zone aku sangat-sangat minimalist. Aku suka quote penulis buku The More Of Less dan The Minimalist Hiome, Joshua Becker; 


"Seorang minimalis cenderung mengutamakan aspek detail dan kejelasan dalam maksud atau tujuan seseorang. Pada dasarnya, minimalis mengarah pada fokus akan hal-hal yang spesifik dan mengabaikan hal-hal lain yang dapat mengalihkan perhatian".





Dan, aku rasa quote tu sangat kena dan sesuai dengan menjelaskan kesukaan aku pada "minimalist zone". 


Begitulah. 


Okeh...jumpa lagi. Adios.

Isnin, 6 Mei 2024

Self-talk, Kenapa Tidak?



Aku ada kebiasaan suka 'layan' self-talk. Hampir setiap hari dan dalam kebanyakan masa. Kebiasaannya awal pagi (bangun tidur) dan malam (sebelum lelap).


Self-talk ni bagi aku macam daily affirmations. 


Apa bendanya daily affirmations ni?


Daily Affirmations bolehlah kita simpulkan semacam ucapan atau positif tentang diri sendiri (yang dilakukan setiap hari). 


Kata-kata postitif, penegasan... (bagi aku lebih pada untuk memotivasikan fikiran dan keyakinan bawah sedar kita). Kesannya, kata-kata itu banyak membantu memperkuat keyakinan diri dan pola fikir kita. Pada masa sama, tanpa sedar kita sedang pujuk fikiran dan diri sendiri.


Misalannya;

  • "Aku ni berharga dan layak mendapat yang terbaik dalam hidup."
  • "Aku mampu mencapai setiap tujuan aku dengan kerja keras dan kesungguhan."
  • "Aku terima diri  aku ni apa adanya dan merai segala keunikan yang ada pada diri aku ."
  • "Setiap hari, aku pasti akan (harus) menjadi lebih baik dan lebih kuat."
  • "Aku bersyukur atas segala hal yang telah aku capai dan semua peluang juga ruang yang datang dalam hidup aku."



Biasanya, kata-kata atau ayat ni aku akan ulang dan ulang setiap hari, setiap pagi atau sebelum tidur.



Secara peribadinya, aku anggap cara (melalui kata-kata dan ucapan begini) semacam latihan mental yang dapat bantu aku untuk mencapai potensi maksima dan menjalani kehidupan yang lebih bermakna.



Self-talk ni untuk aku sangat best. Ia percakapan internal kita dengan diri sendiri. 




Ya, aku tak rasa malu, segan untuk mengakui, aku sangat suka sesi self-talk ni. Ini zone juga cara aku bercakap atau berfikir tentang diri sendiri, keadaan, atau pengalaman hidup aku. 




Self-talk ni boleh jadi positif atau negatif, dan boleh memengaruhi emosi, sikap, dan tindakan kita.




Bagi aku, percakapan internal yang positif sangat bantu aku membina keyakinan diri, menaikkan motivasi, dan mengurangi stress. Ya, for serious (hahaha)



Dan kebiasanya, lepas self-talk akan 'muncul' affirmations 'khas' untuk seorang AKU.



Antaranya;


  • Aku dicintai, dihargai, dan dihormati orang-orang yang penting.
  • Aku melepaskan kecemburuan atau perbandingan, dan menerima keunikan perjalanan hidup aku.
  • Aku percaya diri dan pandai berkomunikasi, aku boleh bersembang dengan siapa saja dan tentang apa-apa saja.
  • Aku layak mendapatkan kejayaan dan penghargaan, dan aku bekerja keras untuk mencapainya.
  • Aku mampu mengendali fikiran dan emosi aku, dan aku memilih untuk kembangkan pola berfikir yang positif.
  • Aku percaya diri, baik hati, dan sayang diri sendiri.
  • Aku bersyukur atas semua rahmat dan berkat-Nya dalam hidup aku.
  • Aku terima diri aku sepenuh hati.

Begitulah.

Hanya bebelan tentang cerita, rasa yang pernah kita punya. Mungkin sama, cuma tak serupa.


NIAN JIWA

More