Rabu, 24 April 2024

Ada Apa Dengan 'Si Underdog'?


Tak jadi masalah besar pun kalau kita berada/duduk dalam zone 'underdog'.


Tak keterlaluan kalau aku katakan, masih ramai tak tahu/tak sedar, menjadi/duduk dalam zone 'underdog' ni ada keistimewaan dan kelebihan sendiri. 


Ya, taklah dinafikan, mungkin payah pada awalnya, percayalah menjadi underdog memberi diri kita ruang dan peluang menemui kekuatan juga keberanian yang tak kita sedari daripada awal. 


Kita boleh gunakan posisi itu sebagai pendorong untuk berusaha lebih dan membuktikan potensi diri kepada dunia.



Waktu kita berjaya melampaui ekspektasi dan mengatasi semua rintangan tu, pencapaian yang diraih menjadi amat bermakna dan berharga. Sekali gus tahap percaya diri lebih kuat. 



Jadi, secara peribadinya, jujur aku cakap, tak perlu malu atau rasa tak berguna apabila dikata orang, kita ini ‘underdog’.


Biarlah, kita tak rugi apa-apa pun (kecuali kita tak usahakan apa-apa dan tak ada misi jitu untuk capai sesuatu).



Ok, jumpa lagi (senyum sikit...hahahaha).

Selasa, 23 April 2024

Just Minimalist Zone


Betul dan memang, aku suka je lepaking dengan memember. Tak kisah waktu bila (kecuali waktu kejar dateline atau masa aku tak mampu kekang emosi sendiri - dan aku perlu jauh daripada manusia).


Aku ada ramai kawan-kawan, teman-teman, tetapi aku boleh kata.. tak ada sahabat. Kenapa? Emmm... Selepas beberapa ketika dan 'tragedi', aku dapati aku ni seorang yang bermasalah bab kepercayaan. Aku rasa adalah lebih selamat dan tenang kalau semuanya disimpan sendiri. Even keluarga pun tak pernah tahu lubang-lubang yang aku pernah terjah. Luka-luka yang ada dalam hidup aku. Tak pernah.


Dan sampai sekarang, aku selesa begitu. Simpan sendiri. Berasa tak penting/perlu untuk aku kongsi pada sesiapa. 


Terluka, sakit, perit, berdarah... rabak sana sini, aku simpan sendiri. Biarlah macam tu. Tak apa, aku sudah terbiasa begitu. 
 

Aku tak pernah izinkan siapa-siapa masuk dalam 'minimalist zone' aku. Tenang dan selamat itu sangat penting buat seorang Aku. Aku tak mampu tipu dan menipu orang lain jalau aku rasa tak selesa. 


Aku sedar, orang 'cepat' perasan keadaan itu. Dan itu masalah utama bagi aku. Aku tak suka orang sedar/tahu yang aku dalam keadaan tak selesa/rimas.


Pantai dan hujan, ini 'sahabat baik' aku. Manakala buku, kopi dan lagu adalah peneman terbaik dan setia aku sejak sekian lama. Tak pernah curangi aku. Alhamdulillah.


Dan sekarang, aku tengah santai-santai tepi pantai, menikmati aroma hujan sambil layan vokal #amirmasdi melantun lagu #PleaseForgiveMe by #BryanAdams .


Nasib baik tak boleh jatuh cinta dengan dia, kalau tak aku dah berdesup ajak dia kahwin... Adiosss (hahahaha).


Jumpa lagi naaa...

Isnin, 22 April 2024

Antisosial?



Ada memember cakap, orang suka menyendiri ni sejenis @antisocial . Dan aku ni dikategorikan sebagai manusia antisosial sebab lebih suka habiskan masa sendirian berbanding 'hidup' dalam kumpulan manusia lain.


Hahaha... Betul ke?


Seorang Cheq Chey May adalah manusia #antisosial ?


Aku tak boleh nak menafikan, dalam kebanyakan keadaan dan masa, aku lebih suka lone ranger. Tapi, apabila terkait dengan kerjaya, semua bertukar 360°. Dalam kehidupan kerjaya, hampir setiap hari aku jumpa/perlu jumpa ramai manusia lain. Dan mood aku ok aje, tak rasa kekok atau rimas. Biasa-biasa je, boleh berlama-lama sampai kerja siap.


Cuma, dalam kehidupan peribadi, aku selesa dalam zone 'kesendirian'. Aku jadi tenang, rasa selamat, selesa dan banyak idea.


Hari tanpa tugasan, tanpa dateline atau perlu hadap muka manusia lain, aku rasa lebih bebas dalam dunia sendiri. Layan buku, menaip, explore ilmu baru (yang selalu buat aku rasa teruja dan hebat hahahaha). Dan kemuncak kegembiraan aku adalah dapat ilmu baharu (walaupun level biasa-biasa/bukan benda baharu versi orang lain).


Jadinya, bila orang kata aku ni sejenis antisosial, aku rasa macam tak kena dan tak tepat. Muka aku ni dah biasa orang nampak di mana-mana, kelab malam (sebab kerja), hotel (sebab kerja), cafe, butik, mall, taman, gua, hutan, pulau, pantai, kampung, ladang, kandang, sawah padi, sungai, laut...di mana-mana ada je muka aku di situ. Dan aku menikmatinya sepenuh hati, tanpa paksaan dan tanpa rasa macam cacing kepanasan.


Kiranya jugak, aku macam ada dua dunia berbeza yang aku nikmati dengan cara berbeza. Sungguh, antisosial tu tak sesuai dengan diri aku. Pertama sebab aku suka bersembang, suka kenal orang-orang baru, benda baharu dan tempat baharu.


Kedua, aku dapat explore banyak hal-hal baharu dengan bersosial. Sama macam waku aku dalam zone sendiri. 


Orang yang nampak aku ni macam manusia membosankan (sebab suka menyendiri), aku tak salahkan mereka. Masing-masing punya tanggapan. Janji, aku tak pernah rasa bosan dengan life aku. Aku bahagia dan meraikan kewujudan dua dunia ni.


Kalau malam minggu kena keluar jumpa manusia lain, aku ok je. Kalau malam minggu duduk di rumah, layan buku...movie...lagu-lagu or baking time, aku ok je. Tak terdetik rasa sunyi atau bosan. Sebab... aku enikmati dan meraikannya sepenuh hati. 


Cuma, waktu aku dalam zone kesendirian... Aku memang tak suka ada manusia lain. Titik. (Hahahaha...)


Jumpa lagi.... #cheqcheymayxnianjiwa


Sabtu, 13 April 2024

Jeda Yang Tertunda

 


Agak lama. Oh tak...Sangat lama. Begitu tepatnya.

Silap sendiri.

Hanya setup, tapi kerangka biasa-biasa. Sendiri tak puas hati. 

Jeda, harusnya tak terlalu lama.

Pun, bukan guna untuk bermenung. Tetapi menambah apa-apa yang perlu, biar sendiri puas dulu.

Alhamdulillah, jeda yang tertunda ini mampu diakhiri.

Selepas ni, kita sama-sama 'masuk' ke ruang 'merai kesendirian dan secangkir kopi' di laman  'Mid night with Cheq Cheymay'.

Banyak sekali nak diceritanya. Aku harap kalian sudi menemani dia. Berbahagi cerita, semoga kena dengan jiwa kita.

Insya-Allah.



Sabtu, 1 Julai 2023

Ahad, 21 Ogos 2022

Terima Kasih Extraordinary Attorney Woo


Pun, aku masih percaya dan sedar, lelaki sesempurna Lee Jun Ho itu hanya wujud dalam skrip drama/filem.

Realitinya, payah.

Begitu pun, ada keyakinan yang aku dapatkan bahawasanya, Jun Ho itu terpikat dek pesona semula jadi yang dimiliki Woo Young Woo.

Perempuan itu tidak hanya bijak, malah genius. Keperibadiannya sahaja sudah memukau, sekali keletahnya yang pasti membuat siapa pun ceria, bahagia.


Ya, logiknya, memang hati mudah teruja dek jejaka berhati emas sepertinya (Lee Jun Ho). Mampu menerima Woo Young Woo apa adanya dia.



Cinta dan kasihnya kepada perempuan istimewa itu memang luar biasa. Meski ramai mungkin tak percaya dan akan mentertawakan pilihannya itu, lelaki itu tidak peduli.


"Bahkan jika orang lain mengatakan tidak, jika aku mengatakan itu cinta, maka maknanya cinta." - Lee Jun Ho.


Sekadar hanya sahaja berkhayalkan, alangkah indah hidup ini jika benar lelaki seperti Lee Jun Ho itu benar-benar wujud buat membahagiakan seorang perempuan seperti Woo Young Woo.


Ya, semoga ada.

Merindui setiap watak dan kata-kata dalam Extraordinary Attorney Woo.


Sabtu, 20 Ogos 2022

Dalam Monolog Rabak Rasa



Di sini, himpunan segala rasa yang tidak pernah aku cerita. Tidak juga aku meluah kepada siapa-siapa.


Hanya di sini.


Pun, tidak juga dibuat untuk kau tahu. Segala rasa yang pernah ada ketika adanya KITA.



Monolog Rabak Rasa - Nian Jiwa


 

Trending Post