Isnin, 14 Oktober 2024

Hidup Ini Tentang Pilihan



Kadang, kita rasa hidup ni macam main game. Ada masa kita menang, ada waktunya kita kalah. Tapi hakikatnya, hidup ni lebih daripada sekadar hanya menang atau kalah. Hidup ini tentang pilihan.


Cuba bayangkan, setiap hari kita bangun dengan satu pilihan; sama ada nak terus jadi lebih baik atau masih nak tetap di takuk lama? 


Tapi, menariknya, ramai juga yang lebih suka pilih untuk biarkan hidup dia bergerak ikut arus. Sebab apa? Sebab takut buat pilihan yang salah.


Hakikatnya, tak ada pilihan yang betul-betul salah. Setiap keputusan yang kita buat akan bawa kita ke jalan yang mungkin kita tak jangkakan, tapi akhirnya tetap bagi kita ilmu dan pengalaman baru. 


Ya, mungkin tak semanis dan semulus yang kita harap, tapi percayalah, dalam setiap langkah, ada hikmah tersembunyi.


Dulu, aku pun macam tu. Berjalan tanpa arah, takut nak ambil risiko. Tapi satu hari aku sedar, kalau aku terus begini, aku takkan ke mana-mana. 


So, aku buat keputusan untuk berubah dan tetapkan hala tuju. Bukan sebab aku yakin dengan semua pilihan aku. Tapi sebab aku percaya dan sedar, tiada apa yang akan berubah kalau aku tak mulakan langkah pertama.


Aku juga sedar, tak ada jalan pintas untuk berjaya. Kadang kita jatuh, kadang kita menangis dan terluka. Tapi setiap tangisan dan luka tu, Setiap kejatuhan yang kita hadapi, buat kita lebih kuat. Buat kita lebih menghargai setiap saat kita berada di atas.


So, hari ni, apa pilihan awak? Nak terus takut buat keputusan atau nak ambil risiko dan lihat apa yang hidup boleh tawarkan?


Hidup ini pendek, tapi penuh dengan peluang. Pilihlah untuk hidup dengan tujuan dan berani. Sebab akhirnya, kita takkan menyesal dengan pilihan yang kita buat. Kita hanya akan menyesal jika kita tak buat apa-apa.



"Don't be afraid to make mistakes; they're proof you're trying." ~ Unknown

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hanya bebelan tentang cerita, rasa yang pernah kita punya. Mungkin sama, cuma tak serupa.


NIAN JIWA

More