Rabu, 9 Oktober 2024

Jewel Inside Me


Kadang-kadang kita rasa macam orang lain lebih berjaya, lebih bijak, lebih menarik. Kita tengok hidup orang lain dari luar, terus ke depan, berjaya dan rai pelbagai penghargaan. Dan kita, terus rasa rendah diri. 


Tapi pernah tak kita fikir, dalam diri kita ada sesuatu yang sangat berharga? Mungkin kita tak nampak atau sedar, sebab 'permata' tu tersembunyi dalam diri kita sendiri.



Bayangkan permata yang belum digilap, walaupun nampak biasa sebenarnya sangat bernilai. Begitu juga dengan diri kita. 


Setiap daripada kita ada sesuatu yang unik - sama ada bakat, kemahiran, atau cara kita pandang dunia.


Kadang-kadang, kita cuma perlu luangkan masa untuk mengenali diri, terima kelemahan, dan gilap 'permata' tu supaya bersinar.


Tak semestinya kita perlu jadi macam orang lain. 'Permata' kita mungkin dalam bentuk kecil - kita mungkin pandai buat orang ketawa, pandai dengar masalah orang atau mungkin kita seorang yang sentiasa ada untuk kawan-kawan. Semua itu sangat berharga.


Jadinya, jangan pandang rendah pada diri sendiri. Hargailah 'permata' dalam diri kita. Percaya dan yakinm hanya kita yang boleh gilap dan tunjukkan keindahannya pada dunia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hanya bebelan tentang cerita, rasa yang pernah kita punya. Mungkin sama, cuma tak serupa.


NIAN JIWA

More