Selasa, 30 April 2024

Tentang.




Tentang ingin... 

Yang bercambah menjadi amarah, dendam.

Membinasa dalam diam.

Seumpama maraknya api dalam sekam.

Diam-diam membakar, memusnahkan.

Semua rasa dan harapan.

Yang tersisa, hanya perit pedih tak tertahankan. @nianjiwa

Isnin, 29 April 2024

Keras Menggapai Segala Ingin



Buat seorang Aku yang lahir dalam keluarga miskin dan berselirat dengan macma-macam 'drama kehidupan', aku tak ada banyak pilihan untuk menikmati hidup selesa, gembira dan bahagia. Tak kebuluran dan merempat pun syukur Alhamdulillah.


Untuk ingat balik kehidupan zaman itu pun satu penyeksaan bagi jiwa aku. Bukan hanya, segalanya serba daif termasuk bab perhatian dan kasih sayang. Pun, miskin tu lumrah pada aku selagi mana ikatan kekeluargaan itu 'besar' dan 'kuat'. Sayangnya, itu pun tak ada dalam keluarga kami.


Jadi, sejak dah faham banyak perkara dalam hidup (lingkungan umur 8-9 tahun), aku sudah dan selalu pasang angan-angan/impian untuk ada rumah sendiri (yang selesa), ada kereta, ada kerja bagus, dapat makanan sedap-sedap (maksudnya yang lebih tepat - tak perlu ikat perut, bercatu dan kena marah setiap kali nak tambah nasi/lauk).


Aku keluar dari rumah keluarga sejak umur 16 tahun. Dan sejak itu semakin panjang dan besar angan-angan aku (hahahaha).


Tapi sayang, SPM aku tak begitu cemerlang. Tapi dapat jugalah tawaran belajar dari UPM dan Politeknik. Pun, memandangkan aku sedar kemampuan diri, terpaksalah abaikan saja.


Aku sempat kerja kilang buku, menyewa bilik beberapa tahun. Kemudian sambung belajar di ASK (ASWARA). Tapi tak sempat habis. Pertama sebab tak terkejar masa untuk kerja dan belajar, Kedua, masalah kewangan. Dan ketiga, banyak masalah dalaman yang mengganggu tumpuan aku untuk belajar dan bekerja.


Akhirnya, aku pilih cuti belajar (yang akhirnya tak sambung-sambung terus hahahaha). Aku pilih terus bekerja dan cari duit. Gaji aku bukan untuk kegunaan aku sendiri, masa sama aku bantu keluarga apa yang patut.


Memang ralat tak dapat habiskan pengajian, nak pulak belajar jurusan yang memang menjadi minat aku. Tapi, apa boleh buat... Waktu tu tak ada banyak pilihan macam sekarang. Kematangan pun sangat kurang. Dan aku pulak jenis tak pandai urus emosi dengan baik. Itulah kesilapan, kebodohan dan kelemahan aku waktu itu.


Pun, Alhamdulillah, aku bekerja dalam bidang yang tak jauh beza daripada apa yang aku belajar di school (kolej). Banyak pengalaman dan ilmu aku dapat, syukur sangat.


Dalam kerjaya aku tekuni, aku sudah terbang ke mana-mana, berjunpa dan bekerja dengan macam-macam orang. Pagi ni interview pelakon, petang pula sembang penyanyi tersohor negara. Esok interview doktor, malam masuk kelab tengok mini konsert. Lusanya pula ke hotel hadir jemputan sidang media pelancaran produk/filem/album.


Bab makan, minum. Cenderahati yang aku dapat sepanjang seminggu bekerja sampai tahap tak terbilang dengan jari. Baju free punya banyak, sampai tak perlu beli baju. Begitu juga kosmetik, barangan penjagaan diri, vitamin dan macam-macam lagi.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Syukur segala nikmat yang Allah pinjamkan kepada seorang Aku ni. Kadang bila aku ingat balik sejarah kesusahan hidup dan apa yang telah dilalui, aku jadi malu sendiri. Besarnya kasih sayang dan rahmat Allah kepada aku, sungguh luar biasa. AllahuAkbar. Sungguh, Alhamdulillah.


Aku tak tahu, doa siapa yang...


*** (...sambung nanti, pedih mata)


Adios...




Sabtu, 27 April 2024

Merai 'Me Time'


 Apa je yang aku buat sorang-sorang kat rumah? Tidur?


Eh, banyak je yang aku boleh godek sorang-sorang di rumah. Aku tak suka tidur siang (kecuali sakit kepala, kadang tak boleh tidur juga sebab otak sibuk 'bekerja').


Selain urus hal-hal hidup dan kerja, aku suka masuk dapur. Dapur ni macam zone misteri, sebab tiap kali ada di dapur dan sibuk memasak, idea akan jadi melimpah ruah. Sampaikan, aku letak 1 note book dan perakam suara untuk rakam idea-idea yang 'masuk' time aku ada kat dapur.


Dapur ni macam 'mall' untuk aku. Kat sini aku berkarya cara. Test resipi baharu atau masak makanan kesukaan aku/kawan-kawan.  Ada masa menjadi, ada waktunya ke laut (tapi tetaplah makan, tak nak membazir).


Macam semalam, aku ulang resipi Chocolate Moist Cake yang tak guna telur dan butter. Paling best, hanya mix manual, tak perlu keluarkan mixer (jadi tak perlulah banyak mencuci peralasan di singki). Dan resipi ni boleh dibakar/dikukus. Jadi aku pilih versi bakar, senang.



Sementara tunggu cake siap, aku buat kopi dan mesin baju sambil layan lagu-lagu yang sedang menjadi kesukaan aku antaranya lagu Korea, Ziana Zain, Liza Hanim, Amir Masdi, dan yang pastinya mesti ada lagu rock.


Cake siap, terus boleh makan panas-panas. Lagi sedap, letak 1-2 scoop iceream vanila. Perghhh...Layan. Tapi, janganlah buat hari-hari, tembam kang hahahaha.


Jumpa lagi... Adiosss

Rabu, 24 April 2024

Ada Apa Dengan 'Si Underdog'?


Tak jadi masalah besar pun kalau kita berada/duduk dalam zone 'underdog'.


Tak keterlaluan kalau aku katakan, masih ramai tak tahu/tak sedar, menjadi/duduk dalam zone 'underdog' ni ada keistimewaan dan kelebihan sendiri. 


Ya, taklah dinafikan, mungkin payah pada awalnya, percayalah menjadi underdog memberi diri kita ruang dan peluang menemui kekuatan juga keberanian yang tak kita sedari daripada awal. 


Kita boleh gunakan posisi itu sebagai pendorong untuk berusaha lebih dan membuktikan potensi diri kepada dunia.



Waktu kita berjaya melampaui ekspektasi dan mengatasi semua rintangan tu, pencapaian yang diraih menjadi amat bermakna dan berharga. Sekali gus tahap percaya diri lebih kuat. 



Jadi, secara peribadinya, jujur aku cakap, tak perlu malu atau rasa tak berguna apabila dikata orang, kita ini ‘underdog’.


Biarlah, kita tak rugi apa-apa pun (kecuali kita tak usahakan apa-apa dan tak ada misi jitu untuk capai sesuatu).



Ok, jumpa lagi (senyum sikit...hahahaha).

Selasa, 23 April 2024

Just Minimalist Zone


Betul dan memang, aku suka je lepaking dengan memember. Tak kisah waktu bila (kecuali waktu kejar dateline atau masa aku tak mampu kekang emosi sendiri - dan aku perlu jauh daripada manusia).


Aku ada ramai kawan-kawan, teman-teman, tetapi aku boleh kata.. tak ada sahabat. Kenapa? Emmm... Selepas beberapa ketika dan 'tragedi', aku dapati aku ni seorang yang bermasalah bab kepercayaan. Aku rasa adalah lebih selamat dan tenang kalau semuanya disimpan sendiri. Even keluarga pun tak pernah tahu lubang-lubang yang aku pernah terjah. Luka-luka yang ada dalam hidup aku. Tak pernah.


Dan sampai sekarang, aku selesa begitu. Simpan sendiri. Berasa tak penting/perlu untuk aku kongsi pada sesiapa. 


Terluka, sakit, perit, berdarah... rabak sana sini, aku simpan sendiri. Biarlah macam tu. Tak apa, aku sudah terbiasa begitu. 
 

Aku tak pernah izinkan siapa-siapa masuk dalam 'minimalist zone' aku. Tenang dan selamat itu sangat penting buat seorang Aku. Aku tak mampu tipu dan menipu orang lain jalau aku rasa tak selesa. 


Aku sedar, orang 'cepat' perasan keadaan itu. Dan itu masalah utama bagi aku. Aku tak suka orang sedar/tahu yang aku dalam keadaan tak selesa/rimas.


Pantai dan hujan, ini 'sahabat baik' aku. Manakala buku, kopi dan lagu adalah peneman terbaik dan setia aku sejak sekian lama. Tak pernah curangi aku. Alhamdulillah.


Dan sekarang, aku tengah santai-santai tepi pantai, menikmati aroma hujan sambil layan vokal #amirmasdi melantun lagu #PleaseForgiveMe by #BryanAdams .


Nasib baik tak boleh jatuh cinta dengan dia, kalau tak aku dah berdesup ajak dia kahwin... Adiosss (hahahaha).


Jumpa lagi naaa...

Isnin, 22 April 2024

Antisosial?



Ada memember cakap, orang suka menyendiri ni sejenis @antisocial . Dan aku ni dikategorikan sebagai manusia antisosial sebab lebih suka habiskan masa sendirian berbanding 'hidup' dalam kumpulan manusia lain.


Hahaha... Betul ke?


Seorang Cheq Chey May adalah manusia #antisosial ?


Aku tak boleh nak menafikan, dalam kebanyakan keadaan dan masa, aku lebih suka lone ranger. Tapi, apabila terkait dengan kerjaya, semua bertukar 360°. Dalam kehidupan kerjaya, hampir setiap hari aku jumpa/perlu jumpa ramai manusia lain. Dan mood aku ok aje, tak rasa kekok atau rimas. Biasa-biasa je, boleh berlama-lama sampai kerja siap.


Cuma, dalam kehidupan peribadi, aku selesa dalam zone 'kesendirian'. Aku jadi tenang, rasa selamat, selesa dan banyak idea.


Hari tanpa tugasan, tanpa dateline atau perlu hadap muka manusia lain, aku rasa lebih bebas dalam dunia sendiri. Layan buku, menaip, explore ilmu baru (yang selalu buat aku rasa teruja dan hebat hahahaha). Dan kemuncak kegembiraan aku adalah dapat ilmu baharu (walaupun level biasa-biasa/bukan benda baharu versi orang lain).


Jadinya, bila orang kata aku ni sejenis antisosial, aku rasa macam tak kena dan tak tepat. Muka aku ni dah biasa orang nampak di mana-mana, kelab malam (sebab kerja), hotel (sebab kerja), cafe, butik, mall, taman, gua, hutan, pulau, pantai, kampung, ladang, kandang, sawah padi, sungai, laut...di mana-mana ada je muka aku di situ. Dan aku menikmatinya sepenuh hati, tanpa paksaan dan tanpa rasa macam cacing kepanasan.


Kiranya jugak, aku macam ada dua dunia berbeza yang aku nikmati dengan cara berbeza. Sungguh, antisosial tu tak sesuai dengan diri aku. Pertama sebab aku suka bersembang, suka kenal orang-orang baru, benda baharu dan tempat baharu.


Kedua, aku dapat explore banyak hal-hal baharu dengan bersosial. Sama macam waku aku dalam zone sendiri. 


Orang yang nampak aku ni macam manusia membosankan (sebab suka menyendiri), aku tak salahkan mereka. Masing-masing punya tanggapan. Janji, aku tak pernah rasa bosan dengan life aku. Aku bahagia dan meraikan kewujudan dua dunia ni.


Kalau malam minggu kena keluar jumpa manusia lain, aku ok je. Kalau malam minggu duduk di rumah, layan buku...movie...lagu-lagu or baking time, aku ok je. Tak terdetik rasa sunyi atau bosan. Sebab... aku enikmati dan meraikannya sepenuh hati. 


Cuma, waktu aku dalam zone kesendirian... Aku memang tak suka ada manusia lain. Titik. (Hahahaha...)


Jumpa lagi.... #cheqcheymayxnianjiwa


Sabtu, 13 April 2024

Jeda Yang Tertunda

 


Agak lama. Oh tak...Sangat lama. Begitu tepatnya.

Silap sendiri.

Hanya setup, tapi kerangka biasa-biasa. Sendiri tak puas hati. 

Jeda, harusnya tak terlalu lama.

Pun, bukan guna untuk bermenung. Tetapi menambah apa-apa yang perlu, biar sendiri puas dulu.

Alhamdulillah, jeda yang tertunda ini mampu diakhiri.

Selepas ni, kita sama-sama 'masuk' ke ruang 'merai kesendirian dan secangkir kopi' di laman  'Mid night with Cheq Cheymay'.

Banyak sekali nak diceritanya. Aku harap kalian sudi menemani dia. Berbahagi cerita, semoga kena dengan jiwa kita.

Insya-Allah.



Hanya bebelan tentang cerita, rasa yang pernah kita punya. Mungkin sama, cuma tak serupa.


NIAN JIWA

YANG LAINNYA