Isnin, 29 April 2024

Keras Menggapai Segala Ingin



Buat seorang Aku yang lahir dalam keluarga miskin dan berselirat dengan macma-macam 'drama kehidupan', aku tak ada banyak pilihan untuk menikmati hidup selesa, gembira dan bahagia. Tak kebuluran dan merempat pun syukur Alhamdulillah.


Untuk ingat balik kehidupan zaman itu pun satu penyeksaan bagi jiwa aku. Bukan hanya, segalanya serba daif termasuk bab perhatian dan kasih sayang. Pun, miskin tu lumrah pada aku selagi mana ikatan kekeluargaan itu 'besar' dan 'kuat'. Sayangnya, itu pun tak ada dalam keluarga kami.


Jadi, sejak dah faham banyak perkara dalam hidup (lingkungan umur 8-9 tahun), aku sudah dan selalu pasang angan-angan/impian untuk ada rumah sendiri (yang selesa), ada kereta, ada kerja bagus, dapat makanan sedap-sedap (maksudnya yang lebih tepat - tak perlu ikat perut, bercatu dan kena marah setiap kali nak tambah nasi/lauk).


Aku keluar dari rumah keluarga sejak umur 16 tahun. Dan sejak itu semakin panjang dan besar angan-angan aku (hahahaha).


Tapi sayang, SPM aku tak begitu cemerlang. Tapi dapat jugalah tawaran belajar dari UPM dan Politeknik. Pun, memandangkan aku sedar kemampuan diri, terpaksalah abaikan saja.


Aku sempat kerja kilang buku, menyewa bilik beberapa tahun. Kemudian sambung belajar di ASK (ASWARA). Tapi tak sempat habis. Pertama sebab tak terkejar masa untuk kerja dan belajar, Kedua, masalah kewangan. Dan ketiga, banyak masalah dalaman yang mengganggu tumpuan aku untuk belajar dan bekerja.


Akhirnya, aku pilih cuti belajar (yang akhirnya tak sambung-sambung terus hahahaha). Aku pilih terus bekerja dan cari duit. Gaji aku bukan untuk kegunaan aku sendiri, masa sama aku bantu keluarga apa yang patut.


Memang ralat tak dapat habiskan pengajian, nak pulak belajar jurusan yang memang menjadi minat aku. Tapi, apa boleh buat... Waktu tu tak ada banyak pilihan macam sekarang. Kematangan pun sangat kurang. Dan aku pulak jenis tak pandai urus emosi dengan baik. Itulah kesilapan, kebodohan dan kelemahan aku waktu itu.


Pun, Alhamdulillah, aku bekerja dalam bidang yang tak jauh beza daripada apa yang aku belajar di school (kolej). Banyak pengalaman dan ilmu aku dapat, syukur sangat.


Dalam kerjaya aku tekuni, aku sudah terbang ke mana-mana, berjunpa dan bekerja dengan macam-macam orang. Pagi ni interview pelakon, petang pula sembang penyanyi tersohor negara. Esok interview doktor, malam masuk kelab tengok mini konsert. Lusanya pula ke hotel hadir jemputan sidang media pelancaran produk/filem/album.


Bab makan, minum. Cenderahati yang aku dapat sepanjang seminggu bekerja sampai tahap tak terbilang dengan jari. Baju free punya banyak, sampai tak perlu beli baju. Begitu juga kosmetik, barangan penjagaan diri, vitamin dan macam-macam lagi.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Syukur segala nikmat yang Allah pinjamkan kepada seorang Aku ni. Kadang bila aku ingat balik sejarah kesusahan hidup dan apa yang telah dilalui, aku jadi malu sendiri. Besarnya kasih sayang dan rahmat Allah kepada aku, sungguh luar biasa. AllahuAkbar. Sungguh, Alhamdulillah.


Aku tak tahu, doa siapa yang...


*** (...sambung nanti, pedih mata)


Adios...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hanya bebelan tentang cerita, rasa yang pernah kita punya. Mungkin sama, cuma tak serupa.


NIAN JIWA

YANG LAINNYA