Selasa, 23 April 2024

Just Minimalist Zone


Betul dan memang, aku suka je lepaking dengan memember. Tak kisah waktu bila (kecuali waktu kejar dateline atau masa aku tak mampu kekang emosi sendiri - dan aku perlu jauh daripada manusia).


Aku ada ramai kawan-kawan, teman-teman, tetapi aku boleh kata.. tak ada sahabat. Kenapa? Emmm... Selepas beberapa ketika dan 'tragedi', aku dapati aku ni seorang yang bermasalah bab kepercayaan. Aku rasa adalah lebih selamat dan tenang kalau semuanya disimpan sendiri. Even keluarga pun tak pernah tahu lubang-lubang yang aku pernah terjah. Luka-luka yang ada dalam hidup aku. Tak pernah.


Dan sampai sekarang, aku selesa begitu. Simpan sendiri. Berasa tak penting/perlu untuk aku kongsi pada sesiapa. 


Terluka, sakit, perit, berdarah... rabak sana sini, aku simpan sendiri. Biarlah macam tu. Tak apa, aku sudah terbiasa begitu. 
 

Aku tak pernah izinkan siapa-siapa masuk dalam 'minimalist zone' aku. Tenang dan selamat itu sangat penting buat seorang Aku. Aku tak mampu tipu dan menipu orang lain jalau aku rasa tak selesa. 


Aku sedar, orang 'cepat' perasan keadaan itu. Dan itu masalah utama bagi aku. Aku tak suka orang sedar/tahu yang aku dalam keadaan tak selesa/rimas.


Pantai dan hujan, ini 'sahabat baik' aku. Manakala buku, kopi dan lagu adalah peneman terbaik dan setia aku sejak sekian lama. Tak pernah curangi aku. Alhamdulillah.


Dan sekarang, aku tengah santai-santai tepi pantai, menikmati aroma hujan sambil layan vokal #amirmasdi melantun lagu #PleaseForgiveMe by #BryanAdams .


Nasib baik tak boleh jatuh cinta dengan dia, kalau tak aku dah berdesup ajak dia kahwin... Adiosss (hahahaha).


Jumpa lagi naaa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Hanya membebel tentang cerita, rasa yang pernah kita punya. Mungkin serupa, cuma tak sama."

Trending Post