Isnin, 22 April 2024

Antisosial?



Ada memember cakap, orang suka menyendiri ni sejenis @antisocial . Dan aku ni dikategorikan sebagai manusia antisosial sebab lebih suka habiskan masa sendirian berbanding 'hidup' dalam kumpulan manusia lain.


Hahaha... Betul ke?


Seorang Cheq Chey May adalah manusia #antisosial ?


Aku tak boleh nak menafikan, dalam kebanyakan keadaan dan masa, aku lebih suka lone ranger. Tapi, apabila terkait dengan kerjaya, semua bertukar 360°. Dalam kehidupan kerjaya, hampir setiap hari aku jumpa/perlu jumpa ramai manusia lain. Dan mood aku ok aje, tak rasa kekok atau rimas. Biasa-biasa je, boleh berlama-lama sampai kerja siap.


Cuma, dalam kehidupan peribadi, aku selesa dalam zone 'kesendirian'. Aku jadi tenang, rasa selamat, selesa dan banyak idea.


Hari tanpa tugasan, tanpa dateline atau perlu hadap muka manusia lain, aku rasa lebih bebas dalam dunia sendiri. Layan buku, menaip, explore ilmu baru (yang selalu buat aku rasa teruja dan hebat hahahaha). Dan kemuncak kegembiraan aku adalah dapat ilmu baharu (walaupun level biasa-biasa/bukan benda baharu versi orang lain).


Jadinya, bila orang kata aku ni sejenis antisosial, aku rasa macam tak kena dan tak tepat. Muka aku ni dah biasa orang nampak di mana-mana, kelab malam (sebab kerja), hotel (sebab kerja), cafe, butik, mall, taman, gua, hutan, pulau, pantai, kampung, ladang, kandang, sawah padi, sungai, laut...di mana-mana ada je muka aku di situ. Dan aku menikmatinya sepenuh hati, tanpa paksaan dan tanpa rasa macam cacing kepanasan.


Kiranya jugak, aku macam ada dua dunia berbeza yang aku nikmati dengan cara berbeza. Sungguh, antisosial tu tak sesuai dengan diri aku. Pertama sebab aku suka bersembang, suka kenal orang-orang baru, benda baharu dan tempat baharu.


Kedua, aku dapat explore banyak hal-hal baharu dengan bersosial. Sama macam waku aku dalam zone sendiri. 


Orang yang nampak aku ni macam manusia membosankan (sebab suka menyendiri), aku tak salahkan mereka. Masing-masing punya tanggapan. Janji, aku tak pernah rasa bosan dengan life aku. Aku bahagia dan meraikan kewujudan dua dunia ni.


Kalau malam minggu kena keluar jumpa manusia lain, aku ok je. Kalau malam minggu duduk di rumah, layan buku...movie...lagu-lagu or baking time, aku ok je. Tak terdetik rasa sunyi atau bosan. Sebab... aku enikmati dan meraikannya sepenuh hati. 


Cuma, waktu aku dalam zone kesendirian... Aku memang tak suka ada manusia lain. Titik. (Hahahaha...)


Jumpa lagi.... #cheqcheymayxnianjiwa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Trending Post