Khamis, 17 Oktober 2024

"SomeDay"



Mungkin ada impian yang selalu kau simpan dalam hati, sesuatu yang kau tak tahu bila akan tercapai, tapi kau tetap yakin someday akan jadi nyata.


Bila kita cakap pasal someday, ia macam janji pada diri sendiri—janji yang kita akan kejar sesuatu yang besar, walaupun tak pasti bila masanya. 


Kadang-kadang, someday tu rasa jauh sangat, macam tak mungkin. Tapi sebenarnya, someday tu bukanlah tentang bila ia berlaku, tapi lebih kepada bagaimana kau usahakan langkah-langkah kecil untuk menuju ke arah impian tu setiap hari.


Bayangkan someday tu macam destinasi, dan setiap keputusan, setiap usaha kecil yang kau buat sekarang adalah jalan yang kau bina untuk sampai ke sana. 


Ia bukan tentang menunggu dengan sabar dan harapan kosong. Sebaliknya, somedayadalah tenaga yang buat kau bangun tiap hari dan teruskan walaupun ada cabaran. Sebab kau tahu, setiap langkah yang kau ambil sekarang adalah langkah lebih dekat kepada someday tu.


Tak kisahlah apa impian kau—sama ada nak bina kerjaya yang kau minat, nak capai kestabilan kewangan, atau nak cipta kebahagiaan dalam hidup—semua tu ada dalam someday yang kau sendiri perlu bentuk. 


"Someday isn't just about waiting for things to happen, it's about creating the future you envision, taking every opportunity today to move closer to that goal."


"Someday" bukanlah sesuatu yang pasif. Sifatnya tidak pasif, ia pemacu kepada perubahan dan aksi yang membawa kita kepada impian masa depan.


Walaupun nampak jauh, sebenarnya someday tak pernah hilang. Ia akan datang bila kau dah siap untuk ia berlaku.

Rabu, 9 Oktober 2024

Jewel Inside Me


Kadang-kadang kita rasa macam orang lain lebih berjaya, lebih bijak, lebih menarik. Kita tengok hidup orang lain dari luar, terus ke depan, berjaya dan rai pelbagai penghargaan. Dan kita, terus rasa rendah diri. 


Tapi pernah tak kita fikir, dalam diri kita ada sesuatu yang sangat berharga? Mungkin kita tak nampak atau sedar, sebab 'permata' tu tersembunyi dalam diri kita sendiri.



Bayangkan permata yang belum digilap, walaupun nampak biasa sebenarnya sangat bernilai. Begitu juga dengan diri kita. 


Setiap daripada kita ada sesuatu yang unik - sama ada bakat, kemahiran, atau cara kita pandang dunia.


Kadang-kadang, kita cuma perlu luangkan masa untuk mengenali diri, terima kelemahan, dan gilap 'permata' tu supaya bersinar.


Tak semestinya kita perlu jadi macam orang lain. 'Permata' kita mungkin dalam bentuk kecil - kita mungkin pandai buat orang ketawa, pandai dengar masalah orang atau mungkin kita seorang yang sentiasa ada untuk kawan-kawan. Semua itu sangat berharga.


Jadinya, jangan pandang rendah pada diri sendiri. Hargailah 'permata' dalam diri kita. Percaya dan yakinm hanya kita yang boleh gilap dan tunjukkan keindahannya pada dunia. 

Hanya bebelan tentang cerita, rasa yang pernah kita punya. Mungkin sama, cuma tak serupa.


NIAN JIWA

More