| Foto sekadar hiasan tulisan. |
Rasa nak jerit kuat-kuat.
Rasa nak menangis.
Rasa nak muntah.
Rasa senak, sendat di sana sini.
Entah mengapa.
Entah kenapa, sendiri pun tak tahu nak jawab macam mana.
Semua serba tak kena.
Serabut.
Semak.
Tinggalkan aku
Jangan tanya tentang diriku
Apa-apa saja tentang aku, jangan ambil tahu
Jangan sekali-kali ambil peduli
Bertanya siapa-siapa pun jangan sekali
Biarkan aku sendiri
Begini
Sepi
Sunyi
Aku mahu sendiri
Tanpa menunggu kau muncul lagi.
![]() |
| Foto: Discoveryseries |
Bersusun segala perancangan, tidak hanya membabitkan tahun ini. Malah, melangkau tahun-tahun seterusnya.
Awal tahun ini aku mulakan dengan jejak sedikit istimewa. Setelah sekian lama, aku kembali menghidu bau khas pantai. Melihat airnya dari surut dan pasang penuh. Indah sekali proses itu.
Apatah lagi tatkala melihat matahari terbenam di depan mata. Pemandangan itu selalu aku rindukan. Dahulu, aku kerap ke pantai. Pun, beberapa tahun kebelakangan ada saja yang mengekang langkahku.
Alhamdulillah, awal tahun ini Tuhan izinkan aku melihat indahnya buat aku jadikan pembakar semangat untuk terus teguh melangkah mendepani hari mendatang.
Tahun 2021, diawali dengan tanda-tanda positif. Beberapa proses yang tertanggung tahun sebelumnya, berjaya selesai sebaik terbit 1 hari bulan Januari 2021. Syukur atas rahmat dan belas ehsannya.
Semoga, semuanya berjaya lancar dengan izin Dia Yang Maha Baik. Sesungguhnya, Dia sebaik-baik Perancang. Aku hanya merancang tetapi tetap Dia juga Penentu segalanya.
Dengan izin-Nya juga harapku dengan sangat, semuanya baik-baik saja. Terutama buat agama, bangsa dan negaraku.
Insya-Allah, Aamiin.