Isnin, 20 Jun 2022

Cinta Baharu





Sedang berusaha ke arah itu. Mungkin sukar. Mungkin banyak masa harus dihabiskan, tetap mahu mencuba.


Doakan, ya.


Hanya itu dipinta.


Semoga menjadi asbab, dapat dituntaskan semua dengan lancarnya.


"Aku, Dia Dan Payung Cinta." Moga-moga berputik suka yang bahagia di hati aku, dia dan kita.


Doakan.


Semoga.


Insya-Allah.


Aamiin. 

Rabu, 23 Mac 2022

Usahlah.




Usahlah kau menangis duhai hati,


tenang-tenang sajalah.


Usah kau bersedih yang bersangatan,


kelak hatimu kelam,


tak nampak jalan pulang.


Sedang bahagia menanti cahaya,


setia menunggu kau tiba.


Membuka jendela, 


menyuluh jalan yang gelap gelita.




Khamis, 3 Mac 2022

Aneh



Aku t'lah menulis sesuatu


yang kemudian membuat aku takut sendiri.


Lalu, aku tertanya, adakah itu kebetulan


atau sudah jalan takdirku?

Hanya bebelan tentang cerita, rasa yang pernah kita punya. Mungkin sama, cuma tak serupa.


NIAN JIWA

More